Makanan Percuma Jika Anda Basuh Pinggan
Pernah dengar orang kata "Kalau tiada duit untuk bayar, sila basuh pinggan di belakang"? Sudah pasti anda pernah dengar kata-kata ini dari ibu bapa anda atau rakan anda sendiri. Akan tetapi, ia sebenarnya realiti di mana salah sebuah restoran memberi makanan percuma jika anda basuh pinggan di restoran tersebut.
Restoran ini bukan di Malaysia tetapi ia berada di daerah Jinbocho, Tokyo, Jepun. Restoran ini menawarkan hidangan sebagai ganti kepada 50 minit tempoh bekerja. Pemilik restoran yang diberi nama Mirai Shokudo ini adalah seorang bekas jurutera, Sekai Kobayashi yang berusia 33 tahun mendapat idea untuk membina satu tempat untuk orang kelaparan tetapi tidak mampu makan di kedai.
Dalam restoran ini, tiada kakitangan diperlukan dan hanya Kobayashi sahaja yang bekerja di dalam restoran yang mampu memuatkan 12 pelanggan dalam satu masa. Pelanggan boleh membuat 2 pilihan sama ada membayar makanan yang di makan ataupun bekerja 1 atau 2 shif untuk membayar makanan tersebut. Antara tugas yang akan diberikan adalah memesan pesanan makanan, membersihkan meja makan dan pelbagai tugas lagi.
Sepanjang pembukaan restoran ini, hampir 500 orang telah memilih untuk bekerja dari membayar makanan di restoran ini. Jika anda, yang manakah anda mahu pilih? Bayar atau bekerja?
2 comments
Kalau poket kering boleh la g sini. tapi nak g sini pun pokai dah. haha
kalau ada kat Malaysia, confirm ramai.. ckp nak basuh pinggan.. bg alasan nak g toilet, trs lenyap.. biasa tu
Post a Comment