Menu Terbaru Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil - Terowong Informasi

Breaking News

Menu Terbaru Suzi Asam Pedas Claypot Puncak Jalil

Menu Suzi Asam Pedas Claypot

Sebelum ini, Bro sudah mencuba menu utama restoran ini iaitu asam pedas claypot dan juga gulai tanjung dawai. Memang cukup rasa, terbaik dan harga yang sangat berpatutan. Rakan blogger Bro sudah juga mencubanya dan ternyata ia memang sedap dan diakui rakan bro sendiri. Akan tetapi, suzi asam pedas claypot telah menyediakan satu menu baru yang wajib cuba.

Sup Daging Tetel Dari Suzi Asam Pedas Claypot

Menu yang Bro maksudkan adalah Sup daging tetel atau sup ayam. Anda akan mendapat 1 mangkuk nasi, salad, telur masin, sambal belacan dan segelas air sirap atau teh o ais disamping dengan sup yang di pesan. Sup ini boleh dicuba bagi anda yang tidak suka makanan pedas. Jika anda kuat pedas, jangan risau, restoran ini menyediakan sambal kicap ala Johor yang padu. Makan dengan nasi yang panas bersama sup daging tetel dan ditambah sambal kicap yang pekat, memang mengiurkan anda bila membacanya ini. Most recommended restoran di Puncak Jalil. Itulah yang Bro boleh katakan. Isi daging tetelnya memang banyak dan pasti kuah sup tersebut tidak terlalu cair, sama seperti asam pedas mereka.

Harga set ini masih dikekalkan RM9.90 dan anda boleh makan ditempat yang berhawa dingin. Jika anda tidak suka makan dalam berhawa dingin, boleh makan diluar restoran tersebut. Kepada yang teringin betul nak ke restoran ini untuk mencuba menu-menu istimewa dari Suzi Asam Pedas Claypot, anda boleh rujuk alamat dan waktu operasi restoran di bawah ini :


Suzi Asam Pedas Claypot
157-G Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan 

Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (Ahad tutup)
                             10.00am - 7.00pm ( Isnin - Jumaat)
                             10.00am - 10.00pm ( Sabtu )

No comments