Keria Gula Melaka Puncak Jalil, Seri Kembangan - Terowong Informasi

Breaking News

Keria Gula Melaka Puncak Jalil, Seri Kembangan

Keria Gula Melaka Puncak Jalil

Keria gula melaka pada ketika dahulu pernah menjadi viral di Melaka kerana kesedapan keria tersebut. Takkan nak makan kuih keria gula melaka perlu ke Melaka, betul tak? Apa kata, singgah di Keria Gula Melaka Puncak Jalil yang terletak di Seri Kembangan, 10 minit dari Stadium Bukit Jalil.

Keria Gula Melaka Puncak Jalil

Waktu operasi Keria Gula Melaka ini bermula dari jam 4.00pm sehingga jam 6.30pm. Sesuai dengan waktu minum petang. Keria Gula Melaka Puncak Jalil ini antara paling popular di kawasan taman ini. Bro sendiri pernah merasai dan ternyata ia tidak mengecewakan.

Keria Gula Melaka Puncak Jalil

Rasanya tidak terlalu manis bila dimakan. Pembuatan kuih keria gula melaka di sini dilakukan di tempat niaga mereka dan ianya terus di goreng panas-panas. Harga kuih keria gula melaka di sini adalah 5 biji RM3.00. Lokasi perniagaan mereka, anda boleh nampak dari jalan utama Taman Puncak Jalil iaitu berhadapan dengan kedai aksesori kereta.

Kepada yang ingin mencuba Keria Gula Melaka Puncak Jalil, bolehlah singgah jika anda berdekatan. Selamat mencuba. Anda boleh follow IG mereka iaitu keria_dpuncakjalil

2 comments

Unknown said...

Terimakasih informasinya, sangat bermanfaat. Jika anda gemar memancing, kunjungi website kami untuk tahu rahasia mendapat hasil ikan berlimpah http://bit.ly/2KCHeu1

Pok Ucu ( HELMI ) said...

Nampak macam sedap, boleh cuba ni...