Singgah Seafood, Pulau Langkawi - Terowong Informasi

Breaking News

Singgah Seafood, Pulau Langkawi


Terdapat satu kedai makan yang tersorok tapi sedap Bro jumpa semasa ke Pulau Langkawi pada baru-baru ini. Pada ketika itu, Bro teringin sangat nak makan malam bertemakan seafood Chinese Style. Makan malam pun Bro mahu tema sebab baru puas hati sebelum melelapkan mata. Cari punyalah cari sebelum keesokannya pulang ke Kuala Lumpur semula, terjumpalah satu kedai makan iaitu Singgah Seafood, yang terletak di Jalan Penarak, Kuah, Pulau Langkawi.

Singgah Seafood, Pulau Langkawi

Lokasi kedai makan ini sebenarnya di dalam medan selera Bendang Baru. Kalau anda gunakan aplikasi Waze, jangan risau, anda akan temui kedai ini. Berbalik kepada Singgah Seafood ini, Bro sempat bertanyakan kepada pemilik kedai makan ini. Mereka baru beroperasi sekitar tahun 2015 / 2016. Menu masakan mereka bercirikan Chinese Style. Bro ada mencuba beberapa menu di Singgah Seafood ini.

Singgah Seafood, Pulau Langkawi

Menu yang dipesan Bro adalah :

Nasi Putih
Udang Lipan Masak Dry Chilin ( Must Try )
Udang Gorang Butter
Ikan Siakap Steam Masak Nyonya ( Must Try )
Baby Kailan Goreng
Air Minuman

Singgah Seafood, Pulau Langkawi

Menu-menu yang dipesan ini memang puas hati dan semuanya sedap belaka. Yang tertulis "must try" itu, anda wajib pesan. Sangat sedap tetapi menu udang lipan masak dry chilli tersebut jika di masak tidak terlalu garing, pasti ia akan jadi sangat-sangat sedap. Harga makanan yang dipesan oleh Bro ini untuk 4 orang makan adalah RM80.00 sahaja.

Singgah Seafood, Pulau Langkawi

Layanan dari staff Singgah Seafood ini, sangat terbaik dan apa yang Bro nombor 1 lihat adalah tahap kebersihan kedai makan ini, ianya sangat bersih di ruang makan dan juga ruangan memasak mereka. Anda boleh nampak sendiri keadaan ruang masak mereka melalui meja makan anda. Tahap kebersihan sudah kategori A, apa lagi, singgah ler ke Singgah Seafood jika ke Pulau Langkawi.

Lokasi :

No comments