Warung Kampung 12, Pulau Langkawi - Terowong Informasi

Breaking News

Warung Kampung 12, Pulau Langkawi

Warung Kampung 12, Pulau Langkawi

Nak cari tempat makan yang sempoi, ala-ala hipster, nak makanan western tapi harga murah, apa kata anda singgah ke Warung Kampung 12 yang terletak di Kampung Lubok Buaya, Pulau Langkawi. Lokasi warung ini betul-betul bersebelahan dengan kedai Dobi Layan Diri iaitu kedai Dobi Kita.

Bro terjumpa warung kampung 12 ini atas tidak sengaja kerana ingin mencuci baju kotor. Sementara tunggu baju siap dibasuh dan kering, Bro sekeluarga cuba makan di warung ini. Walaupun namanya warung, tahap kebersihan di sini memang terbaik, tersusun dan tempat yang terbuka. Apa yang mereka jual adalah makanan western sahaja tetapi ada juga nasi lemak bungkus mereka sediakan.

Chicken Grill With Meatball Warung Kampung 12


Menu yang Bro pesan adalah Chicken Grill + Meatball (Super Jumbo) bersama Ais Blue Laici Mint(tak sempat ambil gambar). Manakala wife pula ambil Chicken Chop (Small) dan Spaghetti Bolognese bersama air Ais lemon jus. Anak-anak pula makan burger biasa bersama air Milo Ais dan juga air Teh O Ais. Ini adalah antara gambar makanan yang dipesan oleh Bro. Sos chicken chop dia memang 5 star lah.

Chicken Chop Small Portion Warung Kampung 12
Spaghetti Bolognese Warung Kampung 12

Harga keseluruhan makanan yang dikenakan adalah RM30.00 sahaja. Sangat murah wey. Mana nak dapat harga ini di Kuala Lumpur dengan portion yang besar dan banyak. Ramai juga pelancong asing datang di sini untuk menjamu selera sambil menunggu baju yang di cuci siap sepenuhnya.

Kepada yang ingin mencuba makanan western di sini, bolehlah datang ke Warung Kampung 12. Landmark paling senang nak cari adalah ia betul-betul bersebelahan dengan Dobi Kita. Nak mudah, ikut map yang bro sediakan di bawah ini :

2 comments

Nila Anggraini said...

nampak sedap chicken chop tu, terliur plak kaknil...hehehe

Terowong Informasi said...

Sedap sis.. Kalau ke langkawi, pergilah ke warung ni.. Terbaik beb!!!