Dulu Muka Hodoh Tapi Sekarang Cantik.. - Terowong Informasi

Breaking News

Dulu Muka Hodoh Tapi Sekarang Cantik..

 Berbeza antara wajah dahulu dan sekarang..

EDINBURGH - Empat tahun lalu, wajah Jo Minto dipenuhi dengan luka disebabkan terkena serpihan sebuah gelas yang pecah apabila ia dilempar oleh seorang lelaki di sebuah bar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia memerlukan 35 jahitan dan menjalani pembedahan selama empat hari bagi mengeluarkan serpihan kaca kecil yang tertanam di muka dan matanya.

Ekoran kejadian itu, dia meninggalkan kerjayanya sebagai model.

Pada tahun lalu, Minto, 23, didesak oleh keluarga dan rakan-rakannya untuk terlibat dalam dunia peragaan.

Dia kemudian mendapat tempat dalam pertandingan Ratu Cantik Edinburgh tahun ini.

"Semua itu (wajahnya cedera) merupakan sesuatu yang sudah berlalu dan saya kini tampil untuk memulihkan semula kerjaya saya," katanya.

Gelas bir itu dibaling oleh seorang samseng, Alexander Varndell di sebuah pub di Tranent, Lothian Timur pada Februari 2007.

Varndell dihukum penjara dua tahun kerana melakukan serangan itu. - Agensi


P/S : Berbeza kan..Ha, kepada yang terlepas segmen hackers yang baru, klik SINI ok

4 comments

joegrimjow said...

cam tak berubah pun muka ni

Terowong Informasi said...

berubah skit je..luka2 xde dah..

Dekcik said...

mcm mane leh hilang parut2 2..mesti wat pemedahan plastik..

Terowong Informasi said...

tu semestinya kan kan