Nasi Lemak Diharamkan?
SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.
P/S : Hahah..korang mesti ingat nasi lemak haram sebab apa. Rupanya kat sekolah lah. Nak mengelakkan obesiti..Hackers setuju sangat. Ha, blom join segmen hackers, klik SINI.
7 comments
igtkan haram sebab ada bahan apa2 hoho
:D
haha..xle jual kat kantin sekolah la..
huhu..SAye SETUJU!!!nanti mkn nsi lmak hari2 manusia jdi mls..n letih..
hahaa ingtkn haram pasal apa je.heheee
apa pun best apa makan nasi lemak,walaupun bnyk lemak tu tapi terasa cool je makan,,haha follow sni..
haha..tapikan..penangan nasi lemak ni membuatkan badan hackers naik tu..xsuka nasi lemak....
tertelan air liur tgk tajuk ni.hehehe..
aik...takut ea..
Post a Comment