Kowloon Walled City : Bandar Paling Padat Di Dunia Yang Telah Dihapuskan - Terowong Informasi

Breaking News

Kowloon Walled City : Bandar Paling Padat Di Dunia Yang Telah Dihapuskan


Kowloon Walled City adalah kawasan paling berkepadatan paling tinggi sebelum ia dihapuskan pada tahun 1992. Dianggarkan sejumlah 50 ribu penduduk tinggal di bandar itu yg mempunyai lebih 300 bangunan tinggi yg berhubung diantara satu sama lain. Gambar dibawah diambil oleh Greg Girard yg berkolaborasi dengan Ian Lamboth dan mengkaji bandar itu selama lima tahun

Seorang posmen yg ditugaskan menghantar surat di Bandar Kowloon itu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mempelajari laluan masuk dan keluar sehingga beliau betul & mahir jalan disitu. Beliau juga terpaksa memakai topi kerana bandar itu penuh dengan titisan air yg jatuh dari atas.

Bandar itu juga menjadi syurga kepada jenayah dan penagih dadah dan bandar itu dikelola oleh kumpulan kongsi gelap sehingga tahun 1974. Penduduk di bahagian paling atas mempunyai kelebihan kerana mereka boleh naik keatas bumbung untuk menghirup udara segar. Akhirnya pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan bandar itu dan kerajaan menghabiskan duit sebanyak $2.7 billion dollar Hong Kong untuk membayar pampasan kepada penduduk di situ.