Satay Boss : Satay Paling Sedap Di Seri Kembangan, Selangor - Terowong Informasi

Breaking News

Satay Boss : Satay Paling Sedap Di Seri Kembangan, Selangor


Hari ini bro mencuba satu kedai makan baru di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Kedai ini bernama Satay Boss. Apa yang menarik Satay Boss ini adalah berkenaan dengan kemanisan satay yang dihidangkan. Kuah yang pekat, lagi menambahkan kelazatan satay tersebut.


Harga bagi secucuk satay ini adalah RM0.90. Satay yang disediakan pada permulaan ini adalah satay ayam dan satay daging. Walaupun harga secucuk agak mahal tetapi satay cukup besar. Jika anda makan 5 cucuk sudah cukup mengenyangkan. Selain satay, terdapat menu sampingan seperti mee udang dan mee rebus. Anda perlu cuba dahulu Satay Boss ini terlebih dahulu jika mahu kepastian. Rugi kalau tidak mencuba. Berikut adalah penilaian yang Bro boleh berikan pada Satay Boss : 

Penyedian Makanan    : 4/5 Bintang
Rasa Makanan            : 4.5/5 Bintang
Layanan                      : 5/5 Bintang
Harga                          : 3.5/5 Bintang

Jika mahu ke lokasi makanan ini, bro cadangkan dapatkan alamat lokasi Satay boss melalui sms atau hubungi En Aiman 019-4342198. Lokasi kedai makan ini adalah kawasan kedai baru di Puncak Jalil. Harap maklum..



1 comment

Anonymous said...

Tolong sertakan alamat terus supaya mmudahkn reader yg lain. TQ