Texas Chicken Setanding KFC
Texas Chicken, restoran makanan yang berasaskan ayam goreng seperti restoran KFC dan McDonalds. Texas Chicken ini mempunyai 1700 cawangan di seluruh dunia seperti di Dubai, Arab Saudi, Indonesia, Malaysia, Singapura dan beberapa negara yang lain. Nama Texas Chicken ini digunakan hanya di luar Amerika Utara sahaja. Jika di Amerika Syarikat, nama mereka adalah Church's Chicken. Pengasas restoran ini, George W. Church yang memulakan operasi perniagaan mereka pada tahun 1952.
Hidangan menu pada Texas Chicken memang diakui sedap dan lazat berbanding dengan KFC. Kualiti penyediaan makanan mereka boleh dikategorikan tahap 5 bintang. Walaupun ianya mahal sedikit berbanding KFC, ia tidak menjadi masalah. Kita selalu mendengar kualiti makanan di KFC sangat teruk berbanding dahulu. Pernah juga dapat ayam yang mempunyai isi yang kehitaman ketika pesanan diambil. Bukan 1 kes malah beratus kes kita dengar.
Ok, kita lupakan mengenai kualiti KFC. Menariknya Texas Chicken ini adalah apabila kita pesan minuman, kita boleh 'refill' banyak kali walaupun kita bayar hanya untuk sekali sahaja. Janji kita ada cawan yang berlogokan Texas Chicken. Menu pilihan Bro jika ke sini adalah Mexicana Wrap. Ia sangat sedap, fresh dan kuntiti sayur dan ayam memang cukup banyak. Ia merupakan Menu wajib akan dipesan tiap kali ke Texas Chicken ini. Harganya cukup berpatutan jika diikutkan dengan saiz penyediaannya. Anda boleh memesan secara Ala Carte ataupun set. Kesemua hidangan ini dijamin halal yang disahkan oleh JAKIM tanpa diragui. Jika anda berkesempatan, apa kata anda mencubanya. Pasti anda akan datang kembali. Cubalah.
Lokasi Texas Chicken :
No comments
Post a Comment