5 Jenis Penyakit Utama Di Bulan Syawal - Terowong Informasi

Breaking News

5 Jenis Penyakit Utama Di Bulan Syawal


penyakit

Di bulan Syawal ini, pasti anda akan menerima jemputan rumah terbuka dari sanak saudara dan juga rakan terdekat. Sudah pasti, pelbagai juadah yang dihidangkan untuk dijamu kepada tetamu. Dengan banyaknya jemputan, nafsu makan kita akan menjadi membuak-buah. Tahukah anda, terdapat 5 jenis penyakit utama di bulan syawal ini. Ia adalah :


  1. Cirit Birit - 45%
  2. Kencing manis tidak terkawal - 20%
  3. Darah tinggi - 15%
  4. Demam panas - 10%
  5. Sakit tekak - 10%
Saban tahun, 5 jenis penyakit ini antara paling popular yang menyerang di bulan syawal ini. Cirit birit dikenalpasti sebagai masalah besar di bulan syawal di sebabkan pemakanan yang tidak diurus saji dengan baik terutama makanan makanan jamuan rumah terbuka yang disediakan oleh pihak catering atau tuan rumah yang telah masak terlalu awal pagi dan disajikan hingga ke malam. 

Manakala, pesakit pesakit kencing manis yang mengawal pemakanan di sepanjang tahun, seolah olah berpesta makan di bulan syawal. Semuanya dilihat enak belaka dan terlupa seketika pengawalan makanan bergula yang perlu dilakukan.

Bagi penyakit Darah Tinggi, Demam Panas dan Sakit Tekak berkaitan rapat dengaan pengambilan makanan berdaging dan berlemak yang terlalu banyak dan berulang ulang menyebabkan badan akan menjadi panas dan suhu badan meningkat secara mendadak.

Jesturu, anda dinasihatkan berhati-hati ketika memilih makanan semasa menghadiri rumah terbuka. Ambil makanan yang seimbang dan kekalkan diet seperti mana yang anda amalkan dahulu. Hidup sihat kekal cergas.

Info dari : Klinik Qistina
Diolah kembali : terowong Informasi

No comments